PENYUDAH berbisa dari Casemiro cukup untuk Brazil mengatasi Switzerland dan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati, dalam aksi Piala Dunia, Qatar.

Ironinya, jurulatih Brazil, Tite menamakan sembilan penyerang dalam skuadnya, namun memerlukan bek tengah itu untuk memecah kebuntuan gol pada minit ke-82 permainan.

Tindakan Casemiro melepaskan rembatan yang melantun terkena pertahanan Manuel Akanji, membuat penjaga gol lawan keliru dan gagal menyelamatkan bola.Keputusan di Stadium 074 itu menyaksikan juara dunia lima kali itu selesa ke pusingan 16 terbaik dengan baki satu perlawanan menentang Cameroon.

Bek tengah Brazil, Casemiro bantu Brazil jaringkan gol ketika barisan penyerang berbisa tumpul.

Switzerland di kedudukan kedua kumpulan G dengan 3 mata selepas Serbia dan Cameroon seri 3-3.

Penyerang Brazil, Neymar hanya berada di hotel menjalani rawatan buku lalinya selepas mengalami kecederaan ketika menentang Serbia pada perlawanan pembukaan.

Pasukan perubatan belum memberi bayangan bila pemain itu dapat beraksi.

Ketiadaan Neymar juga membuatkan bekas penyerang Watford, Richarlison mengemudi serangan tengah namun gagal menghasilkan gol hingga dikeluarkan pada minit ke-74, diganti Gabriel Jesus.