SAH, bekas jurulatih beregu negara, Rosman Razak akan kembali ke tanah air.

Hal itu itu diakui berikutan kenyataan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky yang membuat pengesahan, hanya Rosman menghubunginya, untuk memaklumkan pemain yang pemain di bawah kendaliannya, akan menyrtai program latihan bersama di Akademi Badminton MALAYSIA (ABM).

“Hanya Rosman menghubungi saya setakat ini,” kata Rexy, apabila diajukan mengenai pelawaan BAM kepada pemain kelab, untuk menjalani latihan bersama dalam usha meningkatkan mutu badminton negara.

Rexy Mainaky pernah berkerjasama dengan Rosman Razak

Rosman bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Belum laa (belum tamat kontrak),” jawab Rosman ringkas, melalui mesej WhatsApp.

Rosman meninggalkan kem latihan kebangsan pada akhir 2020 selepas kontraknya tidak disambung BAM.

Rosman kini melatih skuad kebangsaan Filipina sejak Ogos 2021, dikaitkan bakal mengisi kekosongan jurulatih yang mengendalikan gandingan profesional Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Goh Soon Huat- Shevon Lai.

Dua gandingan terbabit kini tidak mempunyai jurulatih selepas Chin Eei Hui dikhabarkan akan melatih skuad beregu New Zealand.

Sementara itu, Rexy berkata, Rosman menyatakan pemain di bawah kendaliannya akan menyertai latihan bersama BAM Januari depan.

Rosman berpengalaman luas bersama BAM, malah Rexy sendiri pernah menyuarakan penghargaan teima kasih, kerana Rosman mengangkat M Thinaah sebagai pemain beregu dan digandingkan bersama Pearly Tan yang tidak mempunyai pasangan sebelum kontraknya tamat.

Thinaah sebelum ini bermain sebagai pemain perseorangan wanita.

Jika benar Rosman akan tamat kontrak bersama Filipina, berita ini mungkin tepat pada masanya, kerana BAM juga sedang mencari jurulatih beregu, dan semuanya bergantung kepada badan induk badminton negara itu.

Namun, dikhabarkan BAM kurang percaya pada kemampuan jurulatih tempatan, ketika ini.