KETUA Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menggesa barisan pemainnya supaya berwaspada dan tidak terlalu yakin meskipun berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Baginya, pasukan dari rantau Eropah itu masih belum selamat memandangkan terdapat pasukan Arab Saudi yang turut mengintai menempah slot ke pusingan seterusnya.
Malah saingan Kumpulan C masih lagi terbuka dengan keempat-empat pasukan masih mempunyai peluang seimbang untuk mara ke slot 32 terbaik biarpun Mexico dilihat sedikit dalam tekanan kerana terpaksa menang ke atas Arab Saudi dan mengharapkan Poland menewaskan Argentina untuk mara.
“Saingan Kumpulan C pastinya sukar apabila kita dapat melihat bagaimana Arab Saudi merupakan pasukan yang sukar serta sudah tentu ingin mara ke peringkat seterusnya selepas berjaya menewaskan kami.
“Satu lagi pasukan Mexico perlu diberi perhatian kerana matematiknya mereka masih mampu layak andai kami Poland menewaskan kami. Ia akan menjadi satu perhitungan yang hebat untuk disaksikan,” jelas Lionel Scaloni.
Selepas perlawanan kedua peringkat kumpulan C, seluruh pasukan menitiskan air mata kerana mereka umpama mati hidup semula apabila berjaya menewaskan Mexico setelah dimalukan pasukan underdog, Arab Saudi.
Argentina berjaya merangkul gelaran Piala Dunia sebanyak dua kali pada tahun 1978 dan 1986 manakala kali terakhir pasukan tersebut terkandas di peringkat kumpulan adalah pada edisi Piala Dunia 2022 di mana Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.