SEBAHAGIAN pemain Brazil terpaksa bermain dalam keadaan tidak cergas pada Piala Dunia 2022. Pemain sayap Brazil, Antony percaya pendingin hawa stadium yang terlebih sejuk adalah pencetusnya.
Skuad Selecao telah diserang penyakit sejak seminggu lalu. Tidak terkecuali Neymar yang sedang pulih daripada kecederaan buku lali, turut mengalami simptom demam.
Namun, penyakit tidak dapat menahan keghairahan Brazil. Pasukan Samba berjaya memenangi dua perlawanan peringkat kumpulan pertama mereka selepas menewaskan Serbia 2-0 dan Switzerland 1-0 untuk berhak mara ke pusingan 16.
Sebaliknya, Antony tidak terlepas daripada serangan demam pada permulaan Piala Dunia 2022. Menurut Antony, ini berpunca daripada pendingin hawa di stadium.
Training in Qatar!! 🇧🇷🇶🇦⚽️@CBF_Futebol @fifaworldcup_pt pic.twitter.com/tuoHYFaElG
— Antony Santos (@antony00) November 29, 2022
Lapor Mirror, paip diletakkan di sekeliling garisan tepi untuk mengeluarkan udara sejuk dari pelbagai sudut dan mencapai sebanyak mungkin kawasan permainan. Terdapat juga muncung dipasang di bawah tempat duduk untuk memberikan kelegaan dari panas padang pasir.
“Ia agak sukar. Saya akhirnya berasa tidak selesa selama beberapa hari yang merumitkan sedikit.
“Pemulihan saya berjalan lancar dan saya semakin 100 peratus. Saya sakit tekak. Ini pendingin hawa (di stadium). Bukan saya sahaja yang begini, malah beberapa pemain lain juga mengalami batuk dan sakit tekak.
“Ia amat sukar bagi saya kerana sakit. Namun, saya gembira menjadi bahagian penting dalam pasukan. Bila-bila masa anda memerlukan Antony, saya bersedia,” jelas pemain berusia 22 tahun itu kepada.
Antony confirms he can't do it on a cold windy night in Qatar pic.twitter.com/YLNerYckk2
— FootballJOE (@FootballJOE) November 29, 2022
Antony sudah dua kali beraksi untuk Brazil pada Piala Dunia 2022. Pemain Manchester United itu bersedia untuk tampil semula ketika Brazil dicabar Cameroon pada perlawanan terakhir Kumpulan G, pada awal pagi Sabtu.