SELURUH pasukan Denmark terlalu beremosi sejurus kekalahan 1-0 kepada Australia, yang mengakibatkan mereka tersingkir dari Piala Dunia Qatar 2022.

Dalam aksi terakhir kumpulan D itu, mereka bermula baik dan menguasai bola namun Australia bertahan dengan cemerlang, menumpulkan ketajaman serangan Denmark, selain pasukan itu memeroleh gol kemenangan menerusi serangan balas.

Gol dijaringkan Mathew Leckie itu merebah dan menjerumuskan Denmark di tangga terbawah kumpulan D.

Jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand berkata, pemainnya murung dan beremosi dek kekalahan itu.

“Kami tidak bermain dengan tempo dan rentak permainan kami sendiri. Saya rasa kami bermula dengan cukup baik malam ini, dengan kedudukan yang baik,” kata Hjulmand pada sidang media.

“Pemain juga terlalu emosional hingga mempamerkan kualiti yang terlalu rendah, dan itu satu-satunya perkara yang tidak sepatutnya kami lakukan menentang Australia dalam perlawanan seperti ini, masuk dengan emosi yang besar, kami perlu bermain dengan kualiti,” katanya.

Pemain Denmark kelihatan sugul selepas tewas 1-0 kepada Australia dalam saingan kumpulan D, Piala Dunia 2022.

Tahap kualiti Denmark di Qatar boleh dikukur menerusi keputusan seri dengan Tunisia dan tewas kepada Perancis dan Australia.

“Saya rasa kami satu perkara yang pasti ialah kami tidak bermain yang terbaik. Saya fikir kualitinya okey ketika menentang Perancis. Saya fikir ia bukan persembahan yang hebat, hebat, tetapi ia tidak mengapa,” kata Hjulmand.

“Saya fikir ia adalah setanding dari segi bermain salah satu pasukan terbaik tetapi dua perlawanan lain? Tidak cukup bagus.”

Pasukannya pulang sekarang dengan banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum kelayakan bermula untuk Euro 2024. -Reuters