TIDAK ramai peminat yang sedar siapakah individu yang mendukung pemain negara, Hairiey Hakim semasa perlawanan bola sepak Sukan SEA Bawah 23 Malaysia menentang Thailand pada Sabtu.
Lelaki yang dimaksudkan adalah Pengurus Prestasi Tinggi, Reuben Jude Balraj yang berperanan menguruskan pegawai tambahan seperti ahli fisiologi, psikologi dan pakar pemakanan bagi memastikan barisan pemain tidak lembik ketika beraksi di pentas antarabangsa.
Menurut ciapan Twitter, Ahmad Fazli Mohd Yadi, dia melabel tindakan pantas Reuben itu sebagai unsung hero atau wira tak didendang.
“Unsung hero! ,” tulisnya.
Ruben Jude kemudian melakukan retweet dan menulis : “Kita bersama-sama @SangAjiz 🇲🇾 ,”
Terdahulu, ketua jurulatih Harimau Malaya B-23, Brad Maloney bergegas ke Hospital Province Nam Dinh, Vietnam selepas perlawanan melihat keadaan Azam Azmi Murad yang mengalami kecederaan kepala.