BERITA buruk untuk pasukan kebangsaan Brazil. Gabriel Jesus dan Alex Telles disahkan tidak boleh beraksi untuk baki perlawanan Piala Dunia 2022.
Jesus dan Telles bersama-sama bermula dalam kesebelasan utama ketika Brazil menentang Cameroon pada perlawanan terakhir Kumpulan G, pada Sabtu.
Malangnya, Jesus dan Telles tidak dapat menamatkan perlawanan kerana kecederaan. Telles ditarik keluar terlebih dahulu pada minit ke-54, manakala Jesus 10 minit kemudian.
Brazil menamatkan perlawanan dengan kekalahan 0-1 selepas dibolosi gol Vincent Aboubakar pada masa kecederaan. Keputusan itu lebih menyakitkan buat Brazil selepas itu.
Ia selepas daripada hasil pemeriksaan Jesus dan Telles, kedua-duanya perlu pulang dari Qatar kerana mengalami kecederaan. Mereka mengalami kecederaan lutut.
“Pemain Alex Telles dan Gabriel Jesus menjalani ujian pagi Sabtu ini dengan diiringi oleh pasukan doktor Brazil Rodrigo Lamar. Imbasan pada lutut kanan mereka menunjukkan kecederaan dan mustahil untuk kedua-duanya meneruskan kejohanan Piala Dunia Qatar 2022,” tulis kenyataan Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF).
🚨 Gabriel Jesus injury is described as "minor" and will need 3 weeks of rest (minimum)
(@simpraisa) 🌖 – Reliable pic.twitter.com/SZpJsRKQON
— Doc (@karthikadhaigal) December 3, 2022
Pasukan kebangsaan Brazil kini sedang berhubung dengan Arsenal dan Sevilla, kelab kedua-dua pemain itu, untuk meminta mereka kekal di Doha sambil pulih daripada kecederaan mereka.
Arsenal pastinya paling resah dengan kecederaan Jesus kerana dia adalah tonggak serangan musim ini. Dia adalah penjaring terbanyak kelab dalam Liga Perdana Inggeris dengan lima gol.
Ada kemungkinan Jesus tidak akan kembali ke London Utara pada awal Januari. Brazil akan bertemu Korea Selatan dalam Pusingan 16 awal pagi Selasa nanti di Stadium 974, Doha.