JUARA bertahan, Perancis harus berterima kasih kepada Olivier Giroud dan Kylian Mbappe yang meletakkan Les Bleus melangkah ke pentas suku akhir Piala Dunia Qatar.
Beraksi di Stadium Al Thumama, Doha, sebentar tadi, Perancis menang 3-1 menerusi jaringan yang dihasilkan setiap babak permainan.
Giroud merakam rekod baharu apabila telah menjaringkan gol ke-52 untuk Perancis sekaligus memintas penyerang legenda, Thierry Henry (51) untuk menjadi penjaring gol terbanyak Les Bleus sepanjang zaman.
Dalam 15 minit pertama, Perancis jelas mendominasi dan kerap mengasak kubu Poland.
🇫🇷 Les Bleus’ record scorer. Giroud 👏 pic.twitter.com/0TRFAzztFv
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) December 4, 2022
Statistik memperlihatan anak buah Didier Deschamps memiliki empat peluang. Kedua-dua serangan itu menghasilkan rembatan ke sasaran, menerusi sepakan Aurelien Tchouameni dan Ousmane Dembele tetapi dapat dibaca oleh Wojciech Szczesny.
Poland hanya mampu keluar daripada tekanan selepas minit ke-20. Robert Lewandowski mengancam dengan rembatan dari luar kotak penalti, namun meliar dari gawang Perancis.
Kebuntuan jaringan terlerai dengan gol tercipta pada minit ke-44 menerusi Giroud yang menjaringkan gol. Dia mengambil kesempatan daripada bola hantaran Kylian Mbappe, dan menyudahkannya dengan rembatan kaki kiri yang menembusi gawang Szczesny.
Perancis mendahului Poland 1-0 pada separuh masa pertama.
OLIVIER GIROUD PASSES THIERRY HENRY TO BECOME FRANCE'S ALL-TIME LEADING MEN'S GOALSCORER!!! 🇫🇷🇫🇷🇫🇷 pic.twitter.com/5gQzZMO4Fo
— ESPN FC (@ESPNFC) December 4, 2022
Tiga pertukaran dibuat jurulatih kem Perancis memasukkan Youssouf Fofana, Kingsley Coman dan Marcus Thuram dalam usaha menambah jaringan dan ia membuahkan hasil.
Tekanan Perancis berterusan. Mbappe meningkatkan kelebihan pada minit ke-74.
Bermula daripada serangan balas pantas, Mbappe dapat memanfaatkan hantaran Ousmane Dembele untuk jaringan menakjubkan pada minit ke-74. Tendangan derasnya dalam kawasan kotak penalti memastikan bola menggegar gawang menewaskan Szczesny.
Sisa perjuangan Poland berakhir apabila Mbappe menyumbat gol kedua peribadi m-90+1′ walaupun mendapat gol saguhati pada masa kecederaan separuh masa kedua menerusi sepakan penalti Robert Lewandowski.
Namun ianya gagal mengekang kemaraan Perancis dan sedang menanti pemenang antara England atau Senegal yang akan beraksi jam 3 pagi nanti.
Barisan pemain :
Perancis : Hugo Lloris; Jules Kounde, Raphael Varane, Dayot Upamecano, Theo Hernandez; Aurelien Tchouameni (Fofana 66′), Adrien Rabiot; Ousmane Dembele (Coman 76′), Antoine Griezmann, Kylian Mbappe; Olivier Giroud IThuram 76′)
Poland: Wojciech Szczesny; Bartosz Bereszynski, Kamal Glik, Jakub Kiwior (Bednarek 87′); Matty Cash, Sebastian Szymanski (Milik 64′), Grzegorz Krychowiak (Bielik 71′), Przemyslaw Frankowski (Grosicki 87′); Piotr Zielinski, Jakub Kaminski (Zalewski 71′), Robert Lewandowski