KYLIAN Mbappe tidak terlalu mengambil berat tentang anugerah individu pada Piala Dunia 2022. Baginya, memenangi Piala Dunia bersama Perancis adalah yang paling mustahak.

Perancis baru sahaja melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas menyingkirkan Poland 3-1 dalam perlawanan di Stadium Al Thumama, Doha.

Mbappe membukukan dua gol dalam perlawanan itu. Penyerang Paris Saint-Germain itu menjaringkan gol pada minit ke-74 dan masa kecederaan.

Mbappe kini berada di tangga teratas senarai penjaring terbanyak Piala Dunia 2022. Dia telah menjaringkan lima gol, dua gol di hadapan pesaing terdekatnya.

Bagi Mbappe, memenangi trofi individu seperti Bola Emas atau Kasut Emas bukanlah matlamat utama. Mbappe hanya mahu memenangi Piala Dunia 2022.

“Sasaran saya hanyalah untuk memenangi Piala Dunia. Satu-satunya perkara yang saya impikan ialah ini.

“Saya datang ke sini untuk memenangi Piala Dunia. Saya datang ke sini bukan untuk memenangi Bola Emas atau Kasut Emas.

“Jika saya dapat itu sudah tentu saya akan gembira, tetapi saya tidak datang ke sini untuk itu. Saya di sini untuk menang dan saya di sini untuk membantu pasukan kebangsaan Perancis,” kata Mbappe seperti dilaporkan Sky Sports.