POLAND memang dah tersingkir pada Piala Dunia 2022. Namun, pemain pertahanan kanannya, Matty Cash mungkin tidak begitu sedih kerana dia tidak pulang dengan tangan kosong.
Sebaliknya, dia berjaya dapat membawa pulang jersi Messi dan Mbappe!
Poland tewas 1-3 kepada Perancis di pusingan 16 pada Ahad. Tiga gol Perancis dijaringkan oleh Olivier Giroud dan dua gol lagi menerusi Kylian Mbappe serta gol saguhati dibalas oleh Robert Lewandowski melalui sepakan penalti.
Memetik laporan Sport Bible, Matty Cash mempunyai cenderahati istimewa dari Piala Dunia 2022. Ia adalah jersi Lionel Messi dan Kylian Mbappe!
Pemain Aston Villa itu menentang Argentina pada pusingan awal, di mana dia ditugaskan untuk membayangi Lionel Messi. Kemudian pada peringkat Pusingan 16, tugasnya adalah untuk menjaga Kylian Mbappe.
So Proud of this team and country, What an amazing experience the last couple weeks have been, Thank you everyone for your support ♥️🇵🇱 pic.twitter.com/vA7JBvd1MC
— Matty Cash (@mattycash622) December 4, 2022
Matty Cash mendapat jersi Kylian Mbappe, yang segera bertanya kepada pemain itu. Kedua-dua mereka bersaing sengit di atas padang, tetapi selepas perlawanan mereka kelihatan berbual mesra.
Bagi jersi Lionel Messi pula, dia mendapatkannya menggunakan ‘orang dalam’. Penjaga gol Argentina, Emi Martinez adalah rakan sepasukan di Aston Villa. Cash kemudian meminta Martinez untuk mendapatkan jersi Messi.
“Saya bertanya kepadanya, kemudian Emi masuk ke bilik persalinan dan membawa saya baju bertandatangan Messi,” kata Cash.
Matty Cash to człowiek interesów 🤣
uwielbiam gościa
nie dość że zdobył koszulkę Messiego to jeszcze dziś dostał też od Mbappe pic.twitter.com/kJXPGZCbCy— 🌻K a T e🌻 (@Schnewittchen_) December 4, 2022
Matty Cash merupakan pemain berusia 25 tahun. Dia sebenarnya berketurunan British dan juga dilahirkan di England, tetapi memilih Poland sebagai pasukan kebangsaannya.