JUARA Dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan diri tersingkir awal dari Kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2022, apabila mengalami kekalahan kedua malam tadi.
Berdepan pilihan keempat dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, Aaron-Wooi Yik mengerah segala keringat bagi memburu kemenangan pertama.
Aksi berlangsung sengit apabila Aaron-Wooi Yik menang set pertama 23-21, sebelum gandingan negara merampas set kedua dengan kemenangan 24-22.
Namun ‘game plan’ Yu Chen-Xuan Yi lebih menjadi pada set penentuan menyaksikan jaguh beregu neagara tews 16-21.
Kekalahan kedua dialami pasangan negara itu menyaksikan tiada peluang lagi untuk mara separuh akhir, sementara gandingan China itu sudah layak ke pusingan seterusnya selepas mencatat kemenangan kedua.
Esok, Aaron-Wooi Yik akan berdepan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark, sekadar melengkapkan jadual kerana kedua-dua gandingan sudah tersingkir.
Turut mengalami kekalahan kedua, pilihan keempat beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tunduk kepada gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-16, 18-21, 17-21.
Satu lagi beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 9-21, 11-21.
Bagaimanapun, Kian Meng-Pei Jing masih berpeluang ke separuh akhir selepas menenangi perlawanan pertama.
Hari ini, mereka mesti wajib menang ke atas satu lagi gandingan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.