OOI Tze Liang merangkul pingat emas ketiga Malaysia dalam acara terjun Sukan SEA Hanoi selepas memenangi acara 1m papan anjal individu akhir lelaki di Pusat Akuatik My Dinh pada Isnin.

Ia merupakan pingat emas kedua buat penerjun kelahiran Pulau Pinang itu yang bergandingan dengan Chew Yiwei untuk memenangi acara 3m papan anjal lelaki pada Ahad.

Tze Liang menamatkan saingan dengan 377.70 mata dalam pertandingan enam terjunan.

Sementara itu, Bertrand Rhodict meraih pingat gangsa dalam penampilan sulung temasya ini dengan memungut 284.90 mata.

Wendy Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mungkin boleh menyambar emas keempat Malaysia apabila mereka beraksi dalam 3m papan anjal seirama wanita dalam aksi final sebentar lagi.