PERTAHANAN kiri skuad negara, V.Ruventhiran nyata gembira dengan kemenangan yang dicapai oleh skuad negara keatas Kemboja pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ruven yang memulakan permainan buat kali ketiga dalam kariernya sudah mula fokus kepada perlawanan persahabatan kedua menentang Maldives dengan menganggap kemenangan ini sudah berakhir sejurus pasukan keluar meninggalkan stadium.
Dia juga menjelaskan dia dan rakan sepasukan berpuas hati kerana berjaya menterjemahkan arahan jurulatih yang mahu lawan ditawan pada babak pertama.
“Kami datang ke sini untuk meraih kemenangan dan sudah berikan yang terbaik terutama kepada para penyokong. Jurulatih mahu kami ‘kill the game’ pada separuh masa pertama dan kami berjaya lakukannya.
“Saya merasa sangat gembira dengan kemenangan ini kerana semuanya sudah memberikan aksi terbaik tetapi ini barulah permulaan. Selepas ini kami terus fokus kepada perlawanan menentang Maldives pula.
“Keluar sahaja dari stadium ini, kemenangan ini dikira tamat dan kami akan kembali fokus kepada latihan bagi menghadapi perlawanan kedua bertemu Maldives pada Rabu,” katanya secara eksklusif kepada FLASH SUKAN selepas perlawanan.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Jumaat, 9 Disember 2022
MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇰🇭 KEMBOJA
⚽️ Faisal Halim 11' 45'+1 Lee Tuck 38' Stuart Wilkin 86'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/o2Jw2xuSa2
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2022
Bekas pemain Petaling Jaya City FC berusia 21 tahun itu juga berjaya menarik perhatian pengendali Kemboja yang menganggap dirinya sebagai pertahanan masa depan Malaysia dengan aksi yang baik dan berintensiti tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.flashsukan.com.my/saya-bangga-dengan-pemain-tak-jangka-akan-menang-besar-kpg/
Ruventhiran turun sebagai kesebelasan utama ketika Harimau Malaya menewaskan Kemboja 4-0 sebagai persiapan pasukan untuk menghadapi Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang bermula 21 Disember nanti.