SEORANG wartawan bola sepak Grant Wahl, meninggal dunia ketika membuat liputan perlawanan suku akhir antara Argentina menentang Belanda, pada aksi suku akhir Piala Dunia, di Qatar.

Ejennya, Tim Scanlan, mengesahkan kematian itu dalam temu bual telefon. Scanlan berkata bahawa Wahl berada dalam ruang petugas media pada minit-minit akhir perlawanan sebelum berasa tidak selesa untuk bernafas.

Dia dipercayai meninggal dunia sama ada dalam perjalanan atau di sebuah hospital, selepas memberitahu kurang sihat ketika perlawanan berlangsung.

Wartawan Penyiaran Grant Wahl, dilapor sesak nafas ketika membuat liputan perlawanan suku akhir antara Argentina menentang Belanda, sebelum dikejarkan ke hospital di Qatar dan disahkan meninggal dunia.

“Dia tidak tidur dengan baik, dan saya bertanya kepadanya sama ada dia da mengambil melatonin (suplemen) atau apa-apa.

“Dia menjawab, ‘Saya hanya perlu berehat seketika,” kata Scanlan, ketika dipetik The New York Times.

Menurut dua wartawan New York Times yang berada di tempat kejadian, kakitangan perubatan membuat tekanan dada bagi memberi bantuan pernafasan dan rawatan lain selama kira-kira 20 minit sebelum Wahl dibawa keluar dari Stadium Iconic, Lusail.

Wahl berkerja keras menjalankan tugas, dengan jadual yang padat untuk melaporkan berita dan merakam podcast.

Isteri Wahl, Dr Celine Gounder, turut mengesahkan kematian itu dalam satu ciapan di Twitter. Seorang rakan keluarga berkata bahawa Gounder meminta privasi, dan akan meninggalkan semua komen awam kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Qatar dan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat.

Ned Price, jurucakap Jabatan Negara berkata, pegawai AS sedang berhubung dengan keluarga Wahl dan “berhubungan dengan pegawai kanan Qatar untuk memastikan hasrat keluarganya dipenuhi secepat mungkin.”

Wahl, 48, memulakan kerjaya kewartawanan profesionalnya pada 1996, di Sports Illustrated, selama lebih 23 tahun. Dia mula membuat liputan bola sepak dan bola keranjang kolej, dan menulis berita muka depan pertama majalah itu di LeBron James, bertajuk “The Chosen One,” pada tahun 2002, ketika James masih remaja di sekolah menengah.

Wahl kemudiannya beralih ke liputan bola sepak secara eksklusif dan kerjayanya semakin terkenal dalam lapangan bola sepak di Amerika Syarikat.