PENYERANG Maghribi, Zakaria Abouhlal berkata, pasukannya percaya pada kuasa Tuhan dalam pertembungan menentang Portugal di suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Thumama.
Hasilnya, Maghribi menang 1-0 ke atas Portugal menerusi jaringan tandukan Youssef En Nesyri pada minit ke-42 yang memanfaatkan hantaran lintang Yahia Attiyat-Allah.
Kemenangan itu membawa Maghribi ke separuh akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis. Mara ke separuh akhir adalah pencapaian tertinggi Maghribi dalam Piala Dunia.
🌟M O R R O C O🌟
🇲🇦 Hakim Ziyech
🇲🇦 Zakaria Aboukhlal
🇲🇦 Achraf Hakimi #WorldCup pic.twitter.com/6VwOTNax6t— J🇦🇷🇲🇦🇵🇸 (@jawsavfc) December 9, 2022
Dipetik daripada SNRT, Zakaria Aboukhlal berkata Singa Atlas bergantung kepada kuasa Tuhan selepas berhasrat mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022.
“Kami sangat gembira dengan pencapaian ini, selagi Allah bersama kami, apa sahaja boleh dilakukan,” kata Abukhlal.
Komen yang sama juga dibuat oleh En-Nesyri, yang menjadi bintang kemenangan Maghribi ke atas Portugal.
ARTIKEL BERKAITAN : Maghribi singkir Portugal, lakar sejarah ke separuh akhir kali pertama Piala Dunia
Penyerang Sevilla itu bersyukur kepada Allah kerana mengekalkan laluan Maghribi dalam Piala Dunia 2022.
“Semua pasukan yang ditempuhi Maghribi pada perlawanan-perlawanan sebelum ini bukanlah mudah, tetapi Alhamdulillah kami menang.
“Kami akan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” tambah En Nesyri.
En Nesyri mengakui bahawa gol yang dijaringkannya ketika menentang Portugal adalah hasil kerja keras pemain Maghribi.
“Ia adalah terima kasih kepada kerja berpasukan oleh semua pemain. Jika mereka tidak melakukan tugas ini, saya tidak akan menjaringkan gol ketika menentang Portugal,” kata En Nesyri lagi.