PASUKAN kebangsaan Maghribi memenangi hadiah besar selepas buat pertama kalinya memastikan laluan ke separuh akhir Piala Dunia 2022.

Singa Atlas mara ke separuh akhir selepas menewaskan Portugal dengan jaringan 1-0. Gol tunggal itu dijaringkan oleh Youssef En Nesyri menerusi tandukan.

FIFA menetapkan setiap pasukan yang mara ke separuh akhir akan menerima ganjaran minimum AS$25 juta atau bersamaan RM110.09 juta. Dana itu akan diperoleh jika mereka berada di kedudukan keempat pada Piala Dunia 2022.

Jika Maghribi menduduki tempat ketiga, Hakim Ziyech dan rakan-rakan akan menerima AS$27 juta. Jika mara ke peringkat akhir, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya AS$30 juta jika menjadi naib juara, dan jika pemenang mendapat hadiah AS$42 juta.

Sebelum ini, Maghribi menerima AS$1.5 juta atau bersamaan RM6.61 juta. Wang itu disalurkan kepada semua 32 pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.

Di bawah kendalian Walid Reragui, Maghribi kelihatan mengejutkan. Pada peringkat kumpulan, pasukan ranking ke-22 FIFA menyingkirkan Belgium dan mengikat Croatia untuk mengetuai Kumpulan F.

Jumlah hadiah wang di Piala Dunia 2022 :

Pemenang: AS$42 juta
Naib juara: AS$30 juta
Tempat ke-3: AS$27 juta
Tempat ke-4: AS$25 juta
Suku akhir: AS$17 juta
Pusingan 16 : AS$13 juta
Peringkat Kumpulan: AS$9 juta