KEJOHANAN Boling KFH 2022 berlangsung dengan lancar dan penuh meriah dengan penyertaan 80 peserta di Wangsa Bowl IOI Mall Putrajaya pada Sabtu.

Selepas dua tahun ditangguhkan aktiviti riadah oleh Kelab Sukan dan Rekreasi KFH berikutan pandemik Covid-19, tahun ini diteruskan dengan pertandingan boling di kalangan kakitangan Kuwait Finance House.

Penganjur Cikdet Empire memberitahu, sebanyak dua puluh pasukan berjaya dikumpul dengan keseluruhan 80 peserta.

“Pelbagai hadiah disediakan bagi membei semangat kepada semua peserta. Selain itu turut disediakan medal dan wang tunai kepada Top Bowlers.

Pasukan Penganjur, Cikdet Empire

“Bagi kami, kejohanan seperti ini amat penting kerana dapat membantu mengeratkan hubungan kakitangan antara satu sama lain.

“Selepas ini, kami akan merancangkan untuk mengadakan program ‘Teambuilding’,” jelasnya selepas kejohanan berakhir.