PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi mengeluarkan bola baharu yang akan digunakan untuk perlawanan separuh akhir dan final Piala Dunia 2022 di bawah nama Al Hilm, menggantikan Al Rihla.

Dalam bahasa Arab, Al Hilm bermaksud ‘mimpi’. Bola ini meneruskan larian bola sebelumnya iaitu Al Rihla yang bermaksud ‘perjalanan’.

Menurut dari laman web rasmi FIFA, dalam bola Al Hilm terdapat teknologi ‘connected ball’. Teknologi dari Adidas ini dikatakan sangat membantu dan belum lagi berada dalam bola Al Rihla.

‘Connected ball’ ini digabungkan dengan data kedudukan pemain. Inovasi ini menawarkan data segera Video Match Officials (VMO), untuk membantu mengoptimumkan keputusan pengadil.

Dengan menggabungkan data bola yang ditangkap oleh penderia IMU di dalam bola dan menggunakan kecerdasan buatan, teknologi baharu ini menyokong sistem offsaid separa automatik, terutamanya dalam situasi offsaid yang sukar.

Pengarah Teknologi dan Inovasi Bola Sepak FIFA, Johannes Holzmuller berkata, daripada teknologi ini maklumat tambahan akan diperoleh pengadil. Keputusan pengadil dipercayai lebih tepat.

“Dengan pembangunan teknologi bola yang disambungkan, Adidas menyediakan lapisan maklumat tambahan yang penting kepada pegawai perlawanan video. Data daripada bola membuka pandangan baharu,” katanya.

Al Hilm direka bentuk dengan mengambil kira persekitaran (komponen bola telah dipertimbangkan dengan teliti). Ini adalah bola pertama yang dibuat hanya menggunakan dakwat dan gam berasaskan air.

Reka bentuknya ditetapkan dalam warna asas emas bertekstur yang menampilkan corak segi tiga yang halus. Ia mengambil inspirasi dari padang pasir berkilauan di rantau ini yang mengelilingi bandar Doha, Qatar.

“Al Hilm mewakili suar cahaya mengenai kuasa sukan dan bola sepak untuk menyatukan dunia. Berjuta-juta akan menonton dari hampir setiap negara di seluruh dunia.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang terlibat di peringkat akhir kejohanan kerana mereka bersaing di pentas terbesar,” kata Pengurus Besar Bola Sepak Adidas, Nick Craggs.

Empat pasukan iaitu Croatia, Argentina, Maghribi dan Perancis telah mengesahkan laluan ke separuh akhir Piala Dunia 2022. Croatia akan bertemu Argentina pada Rabu pagi dan sehari kemudian Perancis akan menentang Maghribi.