SELEPAS membawa masuk awang import dari Tajikistan, pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC besar kemungkinan akan mendapatkan pula khidmat pemain dari Maghribi.

Walaupun belum diketahui status siapakah pemain berkenaan, pemilik majoriti  KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar memberi bayangan pemain itu pernah bermain di Qatar.

“Sejak dua bulan yang lepas, saya sudah cuba menjejaki seorang pemain Morocco yang pernah bermain di Qatar.

“Ada beberapa proses yang saya patut buat untuk pastikan pemain ini benar-benar fit (cergas) dan layak bermain di Kedah.

.

 

“Saya memang rapat dengan rakan-rakan di Morocco yang mengendalikan beberapa akademi bola sepak di sana.

“Saya pun ada syarikat saya Amanie di Casablanca, Morocco bersama dengan rakan kongsi saya dari Morocco, seorang tokoh bisnes yang terkenal di sana,” tulisnya menerusi Facebook.

 

Pada Selasa lepas, Mohd Nafuzi Mohd Zain diumumkan sebagai ketua jurulatih yang baharu dengan kontrak selama dua tahun bermula musim 2023.

Ujar Mohd Daud, pengalaman dan prestasi cemerlang dimiliki Mohd Nafuzi dalam membina pasukan bola sepak ‘from bottom to top’ diharap dapat dibawa ke dalam skuad Sang Kenari pula.

Beliau ada memaklumkan jumlah keseluruhan pemain untuk musim hadapan adalah seramai 25 orang dan nama-nama mereka hanya akan diumumkan nanti.