GANDINGAN beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul juara Terbuka Korea selepas menumbangkan Ko Sung Hyun-Eom Hye Won di laman sendiri, sebentar tadi.

Permainan agak mendebarkan pada set pertama apabila lawan dari Korea Selatan itu mendahului mata di Stadium Palma dengan dibantu oleh peminat tempatan.

Bagaimanapun, ketenangan pasangan beregu campuran profesional negara itu menjadi faktor kemenangan straight-set 21-15, 21-18.

Ini kemenangan sulung mereka sekaligus menamatkan kemarau gelaran sejak lima tahun lalu selepas kali terakhir meraih gelaran di Master Malaysia 2017.