SEHINGGA semalam, legenda Jerman Lothar Matthaus adalah pemain paling banyak beraksi di Piala Dunia, kini lagenda itu berkongsi penghormatan bersama Lionel Messi, yang pasti boleh mengatasi rekod itu selepas Argentina mara ke final.

Rekod Mathaus bermain dalam 25 perlawanan di pentas tertinggi bola sepak itu tidak dicabar sejak 1998, namun Lionel Messi mampu melakar lebih banyak sejarah baru.

Perjalanan Piala Dunia Messi bermula pada 2006 di Jerman, di mana Albiceleste tewas kepada tuan rumah.

Lionel Messi sudah beraksi dalam 25 perlawanan sehingga menentang Croatia awal pagi tadi, dia berpeluang merekodkan sejarah baru.

 

Kini dia tampil dalam edisi Piala Dunia kelima, sambil mengharapkan peluang final kedua ini untuk menjulang trofi.

Berbekalkan empat gol, dua membantu jaringan dan tiga anugerah pemain paling bernilai (MVP) setakat ini, tidak dinafikan edisi kali ini adalah Piala Dunia terbaik buat Messi.

Selain Messi, pemain lain yang membuat banyak penampilan di Piala Dunia adalah Mathaus (25 perlawanan), Miroslav Klose (24) dan Paolo Maldini (23). Klose dan Maldini hanya beraksi dalam empat edisi Piala Dunia untuk melakar nama mereka sebagai antara pemain paling banyak beraksi.

Mathaus membuat penampilan pertama pada 1982 hingga 1998, menjulang trofi pada 1990. Begitupun, dia bukanlah pemain yang mendapat paling banyak minit permainan dan ia masih dipegang Maldini.

-Agensi