KARIM Benzema berpeluang kembali menyertai skuad pasukan kebangsaan Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022. Didier Deschamps memberi jawapan berhubung kemungkinan Benzema akan hadir ke Qatar.
Perancis berjaya menembusi final setelah mereka mengalahkan Maghribi 2-0 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Al Bayt, pada Khamis.
Dua gol kemenangan Les Bleus hadir daripada Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani. Perancis hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraannya jika menang ke atas Argentina dalam perlawanan akhir.
Menjelang perlawanan akhir, berita bertiup kencang bahawa Karim Benzema berpeluang kembali menyertai skuad Perancis. Benzema pada asalnya termasuk dalam senarai 26 nama pemain Perancis di Qatar.
Tetapi pemain Real Madrid itu cedera sebelum aksi pertama peringkat kumpulan. Deschamps enggan mencari pengganti Benzema dan ini membolehkan Benzema bermain di final.
ARTIKEL BERKAITAN : Real Madrid benarkan Benzema untuk bermain di Final Piala Dunia 2022
Menjawab soalan mengenai kepulangan Benzema, Deschamps dengan tegas menolak tanggapan bahawa penyerang berusia 35 tahun itu akan kembali ke final.
Maybe Deschamps shouldn't recall Benzema for the final…
(h/t @GFFN) pic.twitter.com/mSIm2N2zZT
— ESPN FC (@ESPNFC) December 15, 2022
“Wah. Saya tidak pasti (apa yang hendak dikatakan), ia sebenarnya bukan sesuatu yang saya fikirkan. Anda nampaknya tahu banyak tentang situasi itu tetapi saya tidak benar-benar mengikuti siapa yang berkata demikian.
“Saya bercakap dengan Karim selepas dia pergi dan anda tahu keadaannya, dan kami mendengar berapa lama masa yang diambil untuk pulih. Jadi saya tidak tahu apa yang anda cuba dapatkan. Saya mempunyai 24 pemain dalam skuad saya dan saya gembira dengan skuad yang saya ada.
“Beberapa pemain diketepikan, (Presnel) Kimpembe dan (Paul) Pogba juga diketepikan, dan sudah tentu saya bercakap dengan mereka. Tetapi terpulang kepada anda jika anda mahu membuat spekulasi dan membayangkan senario.
“Bukan itu yang saya fokuskan masa ini,” kata Deschamps pada sidang akhbar selepas perlawanan menentang Maghribi.