GANDINGAN baru beregu campuran, Yap Roy King-Valeree Siow meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa (IC) Malaysia di Ipoh, Perak.
Roy King-Valeree yang diletak selaku pilihan kedua kejohanan tidak berdepan masalah mengatasi gandingan remaja, Ng Eng Cheong-Teoh Le Xuan 21-11 21-10 dalam aksi di Arena Badminton Perak.
Di separuh akhir esok, mereka akan bertemu rakan senegara yang merupakan pilihan keenam, Pang Ron Hoo-Mei Xing Teoh.
Sementara itu, pasangan beregu lelaki Muhammad Haikal Nazri-Nur Izzuddin Rumsani tidak berdepan masalah mengatasi Chia Wei Jie-Liew Xun, 21-14, 21-10.
RESULTS: #PETRONASMalaysiaIC2022
QF#MAS🇲🇾 Aidil Sholeh(11) def. #MAS🇲🇾 Cheam June Wei(4) 8-21 21-19 16-9 retired
*June Wei forced to retire due to injury. Get well soon bro!
#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/Z7bTDZJBFS— BAM (@BA_Malaysia) December 16, 2022
Perseorangan lelaki, Cheam June Wei menarik diri ketika ketinggalan 16-9 semasa perlawanan memasuki set penentuan selepas mengalami kecederaan.
Lawannya, Aidil Sholeh bangkit pada set berikutnya selepas kalah di set pertama 8-21, 21-19, 16-9 (tarik diri).
Keputusan lain :
Goh Boon Zhe-Goh Sze Fei kalahkan Lwi Sheng Hao-Pui Wee Young 21-15, 21-15
Low Hang Yee-Chang Yee Jun kalahkan Christian Bernardo-Alvin Morada 21-13, 14-21, 25-23
Beh Chun Meng-Tee Kai Wun kalahkan Arif Junaidi-Wong Vin Sean 21-12, 21-12
Cheng Su Hui-Cheng Su Yin kalahkan Gan Jin Err-Hazwani Haizar 21-18, 21-10
Ong Xin Yee-Carmen Ting tewas Ornnicha Jongsathapornparn-Atitaya Povanon 21-19, 21-16
Justin Hoh kalahkan Leong Jun Hao 21-11, 21-16