HAJAT gandingan baru beregu campuran, Yap Roy King-Valeree Siow meneruskan kemaraan ke final Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa (IC) Malaysia di Ipoh, Perak berkecai.
Roy King-Valeree yang diletak selaku pilihan kedua kejohanan tewas kepada pasangan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-17 21-15 sebentar tadi.
Sementara itu, pilihan keenam Goh Boon Zhe-Goh Sze Fei menumpaskan rakan senegara, Low Hang Yee-Chang Yee Jun 21-18 19-21 21-16.
Nur Izzuddin-Haikal Nazri juga mara dengan mengatasi Beh Chun Meng-Tee Kai Wun, 21-12 21-14.
Dalam kategori perseorangan lelaki, Justin Hoh menang dalam pertarungan tiga set ke atas Lim Chi Wing, 17-21 21-17 21-19.
Beregu wanita Thailand, Ornnicha Jongsathapornparn-Atitaya Povanon bangkit kalah di set pertama untuk mengecewakan pasangan negara,Cheng Su Hui-Cheng Su Yin 9-21 21-13 21-13.