BIARPUN sudah menjuarai Piala Dunia 2018, Kylian Mbappe masih bersedih kerana gagal memenangi edisi 2022. Dia menegaskan akan kembali ke final pada 2026.
Les Bleus tewas menerusi sepakan penalti dengan jaringan 2-4, selepas seri 3-3 sehingga masa tambahan kepada Argentina.
Keputusan ini menyebabkan Perancis gagal mempertahankan kejuaraan. Pasukan Didier Deschamps sebelum ini pernah menang pada 2018 di Rusia.
Mbappe kelihatan termenung apabila pasukannya tewas. Perasaan kecewa masih sangat dirasai walaupun sudah tahu bagaimana rasanya menjadi juara di pesta bola sepak terbesar di dunia.
Nous reviendrons. 🇫🇷🙏🏽 pic.twitter.com/Ni2WhO6Tgd
— Kylian Mbappé (@KMbappe) December 19, 2022
Mbappe kemudian membuat catatan Twitter peribadi selepas kekalahan itu. Dia menulis ‘Nous reviendrons’ yang bermaksud Perancis akan kembali semula.
Kata-kata itu turut disertakan dengan gambar Mbappe memegang trofi but emas selepas dinamakan penjaring terbanyak. Dia berdiri di sebelah trofi Piala Dunia.