PERTELINGKAHAN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kini boleh dianggap berakhir selepas Persekutuan SepakTakraw Asia (ASTAF) menerima permohonan badan induk sepak takraw kebangsaan itu ingin kembali menyertai ahli gabungan.

Permohonan daripada PSM itu diterima Setiausaha Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Halim Kader pada sidang media bersama PSM , ISTAF dan juga Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).

“InsyaAllah saya akan menyerahkan secara rasmi permohonan baru untuk jadi ahli gabungan ISTAF dan ASTAF sejajar dengan hala tuju psm untk dapat pengiktirafan antarabangsa setelah mendapati ada sinar untuk kita bergerak ke arah itu.”

“Ketika ini saya masih lagi lagi mengamalkan sikap buka pintu untuk empat lagi ahli di pihak sana (MASTAF) bagi menyertai kami kerana kami kini mempunyai ahli yang ramai iaitu sebanyak 19 ahli gabungan terdiri daripada 12 persatuan negeri dan tujuh ahli bersekutu,” jelas Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Sidang media yanga diadakan pada Rabu.

Terdahulu ASTAF melucutkan keahlian PSM pada Mei 2021 kerana melanggar perjanjian bertulis mengkritik badan itu secara terang-terangan, disusuli pengguguran keahlian oleh ISTAF pada Februari tahun ini.

Sementara itu, Halim yang turut menyandang jawatan Presiden ASTAF menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menerima semula PSM dan memberi jaminan tiada syarat pelik akan dikenakan kepada badan induk itu.

Tambahnya Halim lagi dia juga masih memerlukan minit mesyuarat daripada MASTAF untuk mengesahkan pembubaran badan induk tersebut.

“Saya boleh beri jaminan pisang tidak akan berbuah, bukan sahaja dua tetapi empat kali terhadap PSM, kerana saya juga memajukan sepak takraw di Malaysia,” tegasnya.