LAOS bermula dengan kekalahan teruk 6-0 ketika menentang Vietnam pada aksi Kumpulan B Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. Namun, mencuri tumpuan apabila Lionel Messi dari Laos sanggup berbaris untuk mendapatkan jersi pemain lawan.
Seperti dilaporkan VN Express, pemain Laos, Soukaphone Vongchiengkham dilihat berdiri di kawasan tempat pemain diwawancara untuk meminta jersi Nguyen Van Quyet.
Ketika itu, pemain tengah Vietnam, Nguyen Van Quyet, sedang menjalani sesi temubual dan Soukaphone sanggup menunggu sehinggalah pemain yang menjadi sasarannya selesai.
ARTIKEL BERKAITAN : Piala AFF 2022: Vietnam selesa benam Laos
Soukaphone Vongchiengkham, seperti digelar media tempatan negaranya mendekati Nguyen Van Quyet. Dia meminta untuk bertukar jersi. Mereka berdua kemudiannya berbual dan bergambar bersama selepas bertukar jersi.
“Van Quyet adalah pemain terbaik di Vietnam, jadi saya mahu bertukar jersi dengannya. Saya sudah mengenali Van Quyet dari Sukan SEA beberapa tahun lalu,” kata Soukaphone, seperti dilapor Bongda.