KETIKA sejumlah besar pemain enggan berkhidmat bersama skuad kebangsaan dek ingin menikmati tempoh cuti bersama keluarga dan sanak-saudara, berbeza situasi tersebut berbeza buat individu bernama Muhamad Nor Azam Abdul Azih.
Dia sebelum ini terpaksa membuat keputusan menarik diri dari panggilan bersama skuad kebangsaan disebabkan kecederaan yang dialaminya.
Kini, pemain tengah berusia 27 tahun itu kini dalam fasa pemulihan selepas mengalami kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) di bahagian lutut kirinya sejak 1 November yang lalu.
Kecederaan yang dialaminya dijangka mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk kembali pulih dengan sepenuhnya.
Keep fighting bro!
Azam ketika ini sedang merawat kecederaan MCL di lutut kirinya yang dialami ketika perlawanan menentang Terengganu pada 1 November.
Dijangka mengambil 6-8 minggu untuk kembali cergas sepenuhnya.#SriPahang#WhereLegendsAreBorn pic.twitter.com/ki9YwPNV3M
— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) December 23, 2022
Sebelum ini, Azam Azih dipanggil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyertai kem latihan pusat namun dia tidak hadir melapor diri berikutan kecederaan yang dialami.
Memandangkan Piala AFF Mitsubishi Electric tidak berada dalam kalendar FIFA , maka Azam berhak menolak ditambah dengan kecederaan yang dialaminya.
Kehadiran Azim bersama Harimau Malaya jelas menampakkan impak positif ketika membantu skuad kebangsaan layak secara merit ke Piala Asia 2023 pada Jun lalu.