ARKITEK tengah kebangsaan, Brendan Gan Seng Ling menerima dengan hati terbuka apabila dia diarah Pan-gon mengisi slot pertahanan berbanding posisi kebiasaannya di bahagian tengah.
“Sebaik jurulatih menyuruh saya bermain di bahagian pertahanan, saya menerima sebaik mungkin kerana saya percaya jurulatih lebih mengetahui keupayaan setiap pemain yang ada,” jelasnya.
Mengulas perlawanan seterusnya berdepan tuan rumah Vietnam, Brendan mengakui ia bukanlah suatu tugas mudah buat Harimau Malaya namun percaya kepada informasi yang diterima staf belakang tabir.
“Kita mempunyai staf belakang tabir yang akan mencuba sebaiknya dalam membantu kami. Ia tentu bukan mudah, tetapi kita akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.
Skuad kendalian Pan-gon akan terbang ke Hanoi 25 Disember ini menjelang perlawanan ketiga peringkat kumpulan B berdepan tuan rumah Vietnam.
Berdasarkan prestasi terkini, skuad Harimau Malaya dilihat berada dalam momentum terbaik meneruskan momentum cemerlang apabila masih tidak dibolosi dalam empat perlawanan terdekat.