BERITA baik buat penyokong Harimau Malaya apabila RTM menyiarkan siaran langsung aksi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bermula malam ini.
Perkembangan terkini ini disahkan oleh Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.
“Saya mengambil maklum bahawa ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric disiar di saluran RTM.
“Saya juga telah berbincang dengan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang turut mencadangkan perkara yang sama.
“Oleh itu, sukacita saya maklumkan bahawa saluran RTM akan menyiarkan perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai 27 Disember 2022 (malam ini) sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan.
[KENYATAAN MEDIA]
𝐑𝐓𝐌 𝐒𝐈𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐀𝐅𝐅 𝐌𝐈𝐓𝐒𝐔𝐁𝐈𝐒𝐇𝐈 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂 𝐌𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟕 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟐#TeamKBS #DemiPertiwi #DemiMalaysia@hannahyeoh @AdamAdli @dato_jana pic.twitter.com/yVmOXYgaTY
— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) December 27, 2022
Para peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan Kejohanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.
Siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (free to air – FTA) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan.