KETUA Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mngucapkan tahniah kepada barisan pemain kerana mengotakan janji mereka dengan menewaskan skuad Harimau Malaya sebagai hadiah kepada mereka menjelang penutup 2022 penuh gemilang.
“Tahun 2022 semakin menuju penghujung. Inilah perlawanan yang kita mahu hadiahkan kepada penyokong yang memberikan aksi menakjubkan ketika menentang Malaysia. Mereka telah mengotakan janji mereka.
Jelasnya, dia sangat gembira dengan kemenangan mutlak yang dicipta terutama selepas berjaya bermain dengan baik di babak kedua dengan menghasilkan tiga jaringan.
“Saya sangat gembira dengan keputusan hari ini. Walaupun dengan corak kurang meyakinkan pada babak pertama, kita mampu turun babak kedua dengan aksi bertenaga dan menang.
Hang-seo percaya kekuatan yang dimiliki pasukan mereka adalah bukan dibuat-buat namun ianya terhasil setelah melalui proses latihan yang jitu.
“Kita tidak ada drama , saya rasa bola sepak adalah permainan yang ada undang-undang. Kalau kita yakin segala-galanya pasti akan menjadi milik kita,” katanya.
Menjelang perlawanan perlawanan terakhir kumpulan, dia menyifatkan skuad kendaliannya akan tampil lebih tenang dalam menghadapi pasukan Singapura.