TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan perubahan logo pasukan bola sepak Melaka FC adalah hak Presiden yang mempunyai sebab tersendiri untuk pasukan.

Tegasnya, pertukaran logo Melaka FC adalah hak Presiden MAFA, Datuk Nur Azmi Ahmad selepas dipilih menerajui pasukan.

“Itu hak Presiden selepas mendapat mandat dari Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk menjaga MAFA.

“Terpulanglah pada presiden baharu untuk melaksanakannya,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian penajaan Amateur Football League (AFL) betsama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd & Melaka Privilege Sdn Bhd, pada Khamis.

Pada Rabu,  Melaka FC tampil dengan logo yang dianggap mirip dengan Manchester United menerusi rasmi di laman Facebook MUSA, laman tersebut mengumumkan bahawa Melaka FC sedang mempersiapkan pasukan mereka bagi menghadapi saingan Liga M3.

Peminat rata rata berbelah bagi tentang logo tersebut. Rata rata ramai yang mengecamnya. Menganggap logo itu seperti tangkap muat dan menggunakan template Manchester United.