JURGEN Klopp sahkan bahawa Liverpool kini dalam perbincangan dengan Roberto Firmino, mengenai masa depan pemain itu, sambil menegaskan ianya tidak akan menjejaskan keputusan kelab mengikat Cody Gakpo.
The Reds, mengumumkan ketibaan bintang antarabangsa Belanda semalam, selepas mereka berjaya sailang pemain itu daripada Manchester United.
Gakpo, 23, dipercayai akan berada di Anfield untuk tempoh yang panjang menerusi nilai kontrak lebih £45 juta (RM239.1 juta), selepas menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan di Piala Dunia 2022, di Doha, Qatar.
Ketibaan Gakpo di Anfield mula menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Firmino, ketika kontraknya bersama Liverpool dijangka berakhir muskm panas nanti.
Kini, Liverpool memiliki enam penyerang senior, Mohamed Salah, Darwin Nunez, Diogo Jota, Luiz Diaz, Gakpo dan Firmino.
Begitupun, Jota dan Diaz kini diketepikan kerana menghadapi masalah kecederaan menyaksikan Liverpool bertindak pantas membawa msuk Gakpi menjelang jadual padat Liga Perdana Januari ini.
Firmino beraksi cemerlang bersama Liverpool musim ini, dan Klopp tiada rancangan untuk mengetepikan penyerang Brazil itu meskipun mengikat Gakpo.
Berbicara soal masa depan Firmino, Klopp berkata: “Tidak. Kami sudah bercakap dengan Bobby (Firmino). Saya mahukan dia kekal. Kemasukan Gakpo tidak menjejaskan Bobby, jika ya, anda boleh tanya kepadanya sendiri.”
Hari ini, Liverpool akan berdepan Leicester City dan Firmino mempunyai rekod cemerpang ke atas lawan dengan menjaringkan enam gol ketika berdepan The Fox.
Firmino tidak berada dalam skuad pada Hari Boxing menentangAston Villa kerana kecederaan dan akan memperkuat pasukan menentang Leicester.
Liverpool ketika ini menghuni tangga keenam Liga Perdana, menang tujuh daripada 15 perlawanan, ketinggalan lima mata di belakang Tottenham yang berada di kedudukan keempat.