RAMAI peminat bola sepak Harimau Malaya mungkin tertanya-tanya apabila melihat tajuk ini berikutan Malaysia belum lagi dapat mengesahkan laluan ke separuh akhir.
Segalanya bakal diketahui pada Selasa ini bertemu Singapura aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malaysia bakal berdepan lawan sukar di separuh akhir Piala AFF 2022 jika mampu menewaskan Singapura. Besar kemungkinan lawan yang ditentang anak buah Kim Pan-gon adalah Thailand yang diramal muncul juara Kumpulan A.
Thailand, juara edisi enam kali hampir pasti menjuarai Kumpulan A kerana pada perlawanan terakhir akan menentang pasukan bukan pilihan, Kemboja pada Isnin.
Perlawanan keempat Kumpulan B Piala AFF 2022 amat genting buat pasukan negara kerana jika sekadar meraih keputusan seri, ia sudah memadai untuk Singapura layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 sebagai naib juara.
Setakat ini, dua kemenangan yang dilakar ke atas Myanmar dan Laos memastikan negara mengutip enam mata peringkat kumpulan Piala AFF 2022.
Pasukan kebangsaan Malaysia masih boleh menjuarai Kumpulan B, dengan syarat Vietnam tewas mengejut di tangan Myanmar dan kita menang tanpa mengira gol ke atas Singapura.
Pada masa ini, Singapura hanya satu mata di hadapan Malaysia.
27,738 Tiket Telah Terjual
Tiket berharga serendah RM30 bagi menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan B, Malaysia lwn Singapura boleh dibeli di ▶️ https://t.co/EB7H05hGIC
Jom penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini!#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/A4lQynJIlj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 31, 2022
Sehingga semalam, sambutan penyokong tempatan ke atas skuad negara terus mendapat perkembangan positif apabila 27,738 tiket perlawanan telah terjual. Jumlah ini pasti meningkat menjelang aksi sebenar perlawanan pada Selasa nanti.
Malah, berita baik bagi peminat yang menggunakan kemudahan awam ke stadium apabila Operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam.
“Ayuh Malaysia kita turun beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Pasukan #HarimauMalaya pada 3 Januari nanti! ,” tulis kenyataan itu.
Kedudukan Piala AFF 2022
Kumpulan A
1. Thailand 7 (+9)
2. Indonesia 7 (+8)
3. Kemboja 4 (+6)
4. Filipina 3 (-1)
5. Brunei 0 (-20)
Kumpulan B
1. Vietnam 7 (+9)
2. Singapura 7 (+3)
3. Malaysia 6 (+3)
4. Myanmar 1 (-2)
5. Laos 1 (-13)
Jadual perlawanan kumpulan akhir Piala AFF 2022
Kumpulan A (Isnin, 2 Januari 2023)
Thailand lwn Kemboja
Filipina lwn Indonesia
Kumpulan B (Selasa, 3 Januari 2023)
Vietnam lwn Myanmar
Malaysia lwn Singapura