Foto: NSTP
BEREGU wanita negara, Teoh Mei Xing membalas komen segelintir penyokong badminton tempatan yang menasihatinya untuk menggantung raket setelah pasukan Piala Uber negara tersingkir dari saingan tersebut.
Mei Xing tampil membalas komen dengan menegaskan dia bukanlah seorang yang mudah mengalah apabila ditimpa kegagalan sambil menyifatkan dia tabah dan kuat.
“Setidak-tidaknya, kepada sesiapa yang menyuruh saya untuk berhenti, maaf saya bukan seperti awak yang mudah mengalah apabila ditimpa kegagalan, saya kuat dan tabah,” ujar Mei Xing.
Dia sebelum ini dikritik hebat berikutan kekalahannya dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan C serta menyumbang kepada kegagalan pasukan Piala Uber negara melangkah ke suku akhir.
Skuad Piala Uber negara mudah menewaskan Mesir 5-0 semalam namun ianya tidak lagi bermakna kerana telah tewas dua perlawanan awal menentang Denmark dan Thailand sekaligus tersingkir awal dari kejohanan berprestij itu.