PASUKAN Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menewaskan Singapura 4-1 dalam aksi saingan Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa malam.

Adegan gol pertama Harimau Malaya hadir pada minit ke-35 menerusi tandukan Darren Lok yang menerima hantaran tepat daripada kapten pasukan Safawi Rasid.

Namun pada babak kedua, pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih garang dengan menyaksikan  Stuart John Wilkins meledak dua gol pada minit ke-50 dan 54′.

Agak terleka menuju lima minit babak terakhir, benteng pertahanan negara dihukum Singapura menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-85.

Namun Sergio Aguero mengukuhkan kedudukan dengan jaringan keempat sekaligus menyaksikan seluruh stadium berpesta bagi meraikan kejayaan skuad kebangsaan.