MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan pihaknya telah membelikan kanvas baru bagi menutup permulaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika hujan.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited membawa penambahbaikan fasiliti. Terima kasih juga buat @HRHJohorII yang sudi meminjamkan kanvas sebelum ini.
“Terima kasih juga Sukarelawan Satria @JBS_Negara,” ciapnya menerusi Twitter pada Selasa.
.@StadiumMalaysia telah membeli kanvas baru bagi menutup permukaan padang SNBJ semasa hujan dan @KBSMalaysia komited membawa penambahbaikan fasiliti.
Menjunjung kasih kepada @HRHJohorII yang meminjamkan kanvas padang sebelum ini.
Terima kasih sukarelawan Satria @JBS_Negara. pic.twitter.com/bXGcqWW3UA
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 3, 2023
Kenyatan tersebut turut dibalas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang percaya dengan komitmen dan keputusan diambil Hannah Yeoh.
“Berdasarkan mesyuarat, saya percaya dengan komitmen dan keputusan yang diambil.
“Pastinya akan membawa yang lebih baik untuk masa depan sukan, kemudahan dan penganjuran acara.
“Lebih banyak berita baik akan menyusul buat peminat sukan,” komennya.
Petang tadi, para sukarelawan telah memasang kanvas milik Perbadanan Stadium Malaysia bagi menutup permukaan padang SNBJ susulan hujan lebat menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Singapura malam ini.