HASRAT Arsenal untuk terus mengukuhkan cengkaman di takhta Liga Perdana Inggeris sedikit terganggu apabila gagal melepasi halangan pasukan tempat ketiga, Newcastle United untuk keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi di Stadium Emirates pada Selasa.
Skuad bimbingan Mikel Arteta itu begitu cemerlang musim ini dengan kemenangan ke-15 dari 17 perlawanan liga bakal menyaksikan mereka melebarkan kedudukan kepada 10 mata ke atas pencabar utama Manchester City namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata berhadapan Newcastle yang kental bertahan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka sejak Ogos 2022.
Peluang terbaik buat tuan rumah untuk memecah kebuntuan adalah pada minit ke-87 apabila penjaga gol Newcastle, Nick Pope berjaya menyelamatkan percubaan rendah Eddie Nketiah sebelum Arsenal dinafikan penalti pada minit akhir perlawanan.
The points are shared at Emirates Stadium. pic.twitter.com/nTco7asRu2
— Arsenal (@Arsenal) January 3, 2023
Ini adalah kali pertama Arsenal tidak menjaringkan gol musim ini dalam semua pertandingan dan juga kali pertama gagal mendapat mata penuh di laman sendiri manakala Newcastle pula melebarkan rekod tanpa bolos kepada 10 perlawanan.
Newcastle United dibawah kendalian Eddie Howe dilihat menerapkan taktikal bertahan sambil mengambil peluang dari serangan balas yang banyak kali di sia-siakan oleh Joelinton terutama pada babak pertama.
Keputusan seri ini dilihat adil yang menyaksikan Arsenal kini dengan 44 mata dari 17 perlawanan, lapan mata di hadapan Manchester City yang bermain kurang satu perlawanan dan sembilan mata di hadapan Newcastle di tempat ketiga dan Manchester United keempat.
💬 "I’m so proud of the boys, the way we played, the way we dominated the game."
🗣 Mikel on our Gunners performance tonight 👇
— Arsenal (@Arsenal) January 3, 2023
Tatkala kecewa dengan keputusan seri ini, Arteta bagaimanapun berbangga dengan pasukannya dan tidak berpuas hati dengan dua keputusan penalti yang tidak menyebelahi mereka.
Kali pertama apabila pertahanan, Dan Burn dilihat menarik baju Gabriel dan yang kedua pada masa kecederaan apabila VAR menafikan tuntutan Arsenal yang mengatakan bola terkena tangan pemain Newcastle United.
“Kami telah dinafikan dua sepakan penalti. Ianya sangat mudah ianya dua penalti. Tetapi saya bangga dengan pasukan ini. Kami mencipta banyak peluang dan mungkin kami perlukan lebih hantaran untuk mencipta peluang yang lebih baik tetapi saya bangga dengan pasukan ini. Jika anda tidak boleh menang, jangan tewas,” katanya.