BEKAS pemain Terengganu FC, Faisal Halim menegaskan bekas majikannya telah menyelesaikan tunggakan gaji yang sebelum ini menjadi perdebatan di media sosial.
Faisal yang kini bersama Selangor FC turut memohon maaf diatas semua kekhilafan dan salah faham apa yang berlaku.
“Saya memohon maaf diatas semua kekhilafan dan salah faham diantara saya dan pihak Terengganu FC serta penyokong selama saya berada di bumi Terengganu Darul Iman.
“Setiap kebaikan datang dari Allah SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri. TFC telah jelas baki gaji saya,” tulisnya di laman Twitter miliknya.
Terdahulu pertelingkahan mengenai tunggakan gaji menjadi hangat di media sosial apabila Faisal yang lebih mesra dengan panggilan Mickey memuat naik beberapa komen dalam media sosial.
Isu berkenaan mulai timbul apabila Faisal membuat ciapan di laman Twitter miliknya pada Jumaat dengan menggunakan tanda pagar ‘Pulangkan Hak Saya’.
Saya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku diantara saya dan pihak Terengganu FC serta penyokong selama saya di bumi Terengganu Darul Iman. Setiap kebaikan datang dari Allah SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri.TFC TELAH JELAS BAKI GAJI SAYA🤝 pic.twitter.com/MZhauHAYnu
— Faisal Halim (@faisalhalim_7) January 4, 2023
“Kita diam orang ingat kita tiada masalah. Bila kita bunyi orang kata kita tak pro, pulangkan hak saya. Mana boleh ambil hak orang tanpa beri tahu apa-apa. Ikut akta mana ya, jangan kita diam kita tak kisah. Dalam kontrak pun tiada benda itu, guna kuasa mana ya, #pulangkanhaksaya,” tulisnya.
Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara tonggak utama skuad Penyu di bawah kendalian Nafuzi Zain yang turut berjaya membantu Terengganu mara ke pentas Piala AFC musim 2023.