LIVERPOOL terpaksa menerima kenyataan tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan kental, Virgil van Dijk untuk satu tempoh yang panjang selepas ujian imbasan mengesahkan kecederaan hamstring yang dialaminya lebih teruk dari yang dijangkakan.
Pemain antarabangsa Belanda itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa dalam perlawanan yang menyaksikan Liverpool tewas 3-1 kepada Brentford dengan Van Dijk kelihatan agak bergelut dalam aksi itu.
Namun dia masih mampu untuk meneruskan aksi sehingga tamat babak pertama sebelum dikeluarkan bagi memastikan tidak ada kerosakan yang lebih teruk kepada kecederaannya.
Namun begitu menurut sumber, kecederaan pemain berusia 31 tahun itu lebih teruk dari jangkaan awal dan sedia untuk diketepikan untuk satu tempoh yang agak panjang sekaligus menambah tekanan kepada barisan kendalian Jurgen Klopp.
Sejak liga bersambung semula selepas Piala Dunia, The Reds mempamerkan aksi mantap dengan dua kemenangan berturut-turut sebelum tewas kepada Brentford yang menyaksikan mereka kini ketinggalan tujuh mata dibelakang pasukan tempat keempat, Manchester United.
Cody Gakpo telah melengkapkan perpindahannya dari PSV Eindhoven untuk menguatkan lagi jentera serangan Liverpool tetapi kini Klopp terpaksa mengharapkan gandingan Joel Matip, Joe Gomez dan Ibrahima Konate di benteng ketika ketiadaan Van Dijk.
We return to FA Cup action at Anfield this weekend 🏟 pic.twitter.com/uw4cuvkLU3
— Liverpool FC (@LFC) January 4, 2023
Liverpool bakal berhadapan Wolverhampton Wanderers dalam pusingan ketiga Piala FA hujung minggu ini sebelum bertandang ke Brighton untuk perlawanan seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris.