JARINGAN tunggal dari ‘birthday boy‘, Faisal Halim memberikan Malaysia kelebihan satu gol untuk dibawa ke Thailand dan berpeluang untuk layak ke final Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Gol pada minit ke-11 perlawanan itu sudah cukup untuk memberikan Harimau Malaya kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kim Pan-gon hanya melakukan satu pertukaran dari kesebelasan utama ketika menentang Singapura dengan memulakan Lee Tuck menggantikan Mukhairi Ajmal sebagai senjata di bahagian tengah Harimau Malaya.
AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022 | Semi Final 1
FT: Malaysia 🇲🇾 1-0 🇹🇭 Thailand
⚽ 🇲🇾 Faisal Halim 11'#HarimauMalaya#Changsuek#AFFMitsubishiElectricCup2022#BeTheGameChanger pic.twitter.com/99rAv9Zrk4
— Flash Sukan (@FlashSukan) January 7, 2023
Faisal Halim menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila menjaringkan gol pembukaan dan juga gol keempatnya dalam kejohanan ini selepas menerima umpanan cantik Ruventhiran dari sebelah kiri padang untuk satu-satunya gol dalam perlawanan itu.
Gol itu nyata menyemarakkan lagi semangat para pemain yang bermain dengan tekanan yang berterusan diberikan sekaligus menyaksikan pemain Thailand buntu untuk mencipta peluang.
Kekebalan benteng pertahanan juga harus diberikan pujian apabila dilihat bertahan sebagai satu unit dan tenang menyekat beberapa percubaan berbahaya Thailand terutama pada awal babak kedua.
Kedudukan seharusnya menjadi 2-0 kepada Malaysia pada minit ke-53 apabila Darren Lok berjaya menanduk masuk sepakan percuma Lee Tuck yang disambut kegembiraan oleh hampir 63,000 penyokong yang hadir.
Kegembiraan itu bagaimanapun terbantut apabila dibatalkan pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Yong yang mengatakan Darren terlebih dahulu mengasari pertahanan Thailand, Pansa Hembivoon.
Pan-gon membuat pertukaran taktikal dengan membawa masuk pemain yang mempunyai ‘attacking minded‘, Haqimi Azim Rosli, Shamie Iszuan Amin dan Sergio Aguero untuk mengimbangi permainan kerana Malaysia dilihat lebih banyak diasak skuad Gajah Perang yang ingin mendapatkan gol penyamaan sekali gus kelebihan gol di tempat lawan.
Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan dan kini Malaysia akan mempertahankan kelebihan satu gol ini dalam aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Bangkok pada Selasa.
Through the keeper's legs, signed by @faisalhalim_7 🇲🇾#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MASvTHA pic.twitter.com/7SzhkZNBB9
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 7, 2023
Malaysia: Syihan Hazmi; Dominic Tan, Ruventhiran Vengadesan, Sharul Nazeem, Quentin Cheng; Lee Tuck, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Brendan Gan; Safawi Rasid, Darren Lok.
Thailand: Kittipong Phuthawchueak; Sasalak Haiprakhon, Pansa Hemviboon, Kritsada Kaman, Suphanan Bureerat; Sarach Yooyen, Bordin Phala, Ekanit Panya, Theerathon Bunmathan, Peeradon Chamrasamee; Teerasil Dangda.