BEKAS pemain sayap Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Sean Giannelli bakal kembali menyertai skuad Warga Kota bagi memperkuatkan pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
Sean adalah sebahagian daripada skuad juara Piala Malaysia 2021 telah bersama KL City sejak 2020 sebelum dipinjamkan ke pasukan UiTM FC dalam saingan liga super musim 2021 dan musim lalu menyertai Sri Pahang FC.
Ketika bersama The Hawks, Sean kurang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama KL City dimana hanya membuat 9 penampilan serta berjaya menjaringkan tiga gol sahaja.
Melakukan sembilan penampilan bersama Tok Gajah dengan meledak satu gol musim lalu, kembalinya pemain yang memulakan kerjaya bola sepak dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil (2009-2011) pastinya mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Hadin Azman yang menyertai Penang FC.
Pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim II (2016-2019) pemain yang lahir pada 31 Oktober 1996 lebih banyak memanaskan bangku simpanan berbanding aksi di atas padang.