MANCHESTER City terkeluar daripada Piala Carabao selepas mengalami kekalahan mengejut 0-2  kepada Southampton pada aksi yang berlangsung awal pagi tadi.

Gol separuh masa pertama daripada Sekou Mara dan Moussa Djenepo dalam tempoh enam minit menyaksikan Saints mendahului di St Mary’s.

Bos Man City, Pep Guardiola membawa masuk pemain seperti Kevin De Bruyne dan Erling Haaland selepas rehat, tetapi perubahan itu gagal memberi impak yang diinginkan.

Southampton kini mencatatkan kemenangan berturut-turut buat pertama kali di bawah kendalian Nathan Jones dan yakin dapat membawa prestasi baik mereka ke Liga Perdana Inggeris.

Anak didik Jones tidak pernah memenangi Piala Liga, tewas pada final edisi 1979 dan 2017, dan akan berdepan Newcastle pada aksi separuh akhir akhir bulan ini.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, Nottingham Forest akan bertemu Manchester United di separuh akhir selepas menewaskan Wolves 4-3 menerusi penentuan penalti. Sebelum itu mereka terikat 1-1 di Stadium City Ground.