LIONEL Messi menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya untuk Paris St-Germain sejak memenangi Piala Dunia bersama Argentina ketika pendahulu Ligue 1 itu menang di laman sendiri menentang Angers.

Messi, 35, mempunyai rehat panjang selepas menjaringkan tujuh gol semasa Piala Dunia, yang dimenangi Argentina dengan menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir.

Hugo Ekitike menjaringkan gol pembukaan awal sebelum Messi menggandakan kelebihan PSG yang memastikan tiga mata penuh buat pasukan.

Rakan sepasukan Messi, Neymar menyangka dia telah menambah gol ketiga pada lewat permainan tetapi ia ditolak kerana ofsaid.

Messi meledak gol kedua membantu kemenangan pasukan mengatasi Angers, 2-0.

PSG mendahului enam mata di puncak Ligue 1 selepas Lens di tempat kedua hanya mampu seri 2-2 di Strasbourg.

“Messi telah pulih dengan baik. Dia santai dan dalam bentuk fizikal yang baik, itu kelihatan berbeza.

“Kami semua baru membiasakan diri untuk bermain bersama lagi dan anda boleh melihat pada masa-masa kami kekurangan komunikasi antara pemain yang kami miliki lebih kerap sebelum Piala Dunia,” tegasnya.

Ia adalah kekalahan liga ke-10 berturut-turut untuk Angers, manakala pasukan PSG pula melebarkan kedudukan mereka di puncak carta.