Foto kredit: MSDEAF

PASANGAN beregu wanita badminton pekak negara, Boon Wei Ying/ Foo Zu Tung memahat sejarah negara dengan meraih pingat emas pertama untuk Malaysia pada Kejohanan Deaflympic 2021 yang berlangsung di Brazil.

Turun sebagai pasangan berpengalaman, pasangan ini berjaya menewaskan gandingan beregu ranking No.1 dunia Jung-Yu Fan/Yan-Ru Shen yang juga pemenang Perak Deaflympic Games Turki dengan keputusan 21-14, 5-21, 21-18.

Kemenangan bersejarah ini menamatkan penantian 21 tahun kemarau pingat emas di Sukan Deaflympic setelah Zana Azizul Ujang mendapatkan pingat emas di Sukan Deaflympic, Rom Itali tahun 2001.

Sementara itu gandingan Boon Wei Ying/Edmund Teo Seng Keong turut membuat kejutan dalam acara bergu campuran dengan mendapat pingat Perak untuk negara. Mereka tunduk kepada pasangan Abhinav Sharma/Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Boon Wei Ying juga berjaya mendapatkan pingat gangsa buat negara setelah tunduk kepada Jevlin Jayaratchagan di separuh akhir tapi untuk perebutan pingat gangsa Boon Wei Ying menang percuma kerana kem kontinjen Jepun dikuarantin kerana Covid-19.

Ketua jurulatih badminton negara, Sabrina Chong ternyata paling gembira dan berpuas hati dengan pencapaian anak-anak didiknya menghadiahkan 3 pingat buat negara dan pencapaian ini ternyata cukup cemerlang.