MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluangkan masa bersama jaguh larian menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching mendaki Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya pada Khamis.

Selain Wai Ching, Hannah melakukan pendakian 18 tingkat menara terbabit bersama Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia, Ravinder Singh, dan menteri wanita terbabit merakam masa bawah 6 minit.

“Sebenarnya, boleh saja ia (larian menara) dilakukan,” kata Hannah selepas menamatkan larian menara itu.

Larian menara yang juga dikenali sebagai pendakian tangga itu, satu sukan yang mudah untuk dilakukan tanpa memerlukan yuran dan kalis cuaca.

Hannah bersama Soh Wai Ching di puncak menara KBS, Putrajaya.

Wai Ching berkata, sukan terbabit juga amt selamat dan tidak seperti tanggapan awam yang mendakwa sukan terbabit bileh mendatangkan kecederaan lutut.

“Impian kami adalah melihat rakyat Malaysia memilih tangga berbanding elevator, memilih tangga berbanding menaiki lif utnuk ke tempat kerja masing-masing,” kata Wai Ching.

Menurutnya, peluang bertemu Hannah digunakan sebaik mungkin untuk menyuarakan hasrat persatuan itu melihat acara larian menara dimasukkan ke temasya Sukan SEA 2027 kerana yakin Malaysia akan mendominasi sukan itu.

Namun, pihaknya akan mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Hannah bagi berbincang megnenai cadangan itu dengan lebih lanjut.