PEMAIN tengah pasukan kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh diumumkan secara rasmi sebagai pemain import terbaru pertama Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2023.
Berasal dari Amman, Jordan, pemain ini telah membuat penampilan pertama bersama pasukan negara kelahirannya pada 7 Ogos 2019 seawal usia 22 tahun dan berjaya membuat 27 penampilan sehingga kini.
Selain beraksi di luar negara bersama pasukan kebangsaan Jordan, pemain yang mesra dengan panggilan Noor ini juga pernah beraksi dalam saingan Piala AFC selama tiga musim bersama Al Jazeera dari tahun 2017.
Dia kemudian menjadi antara nadi utama pasukan Al-Muharraq SC yang menjuarai Piala AFC 2021 selepas menewaskan FC Nasaf 3-0 di Stadium Sheikh Ali bin Mohammed Al Khalifa.
🔴🟡 Noor Al-Rawabdeh #IsRED 🔴🟡
أهلا وسهلا
👋 Welcome to Selangor FC, @nooralrawabdeh_8 ! 🇯🇴
📄 Find out more for our brand new signing 👉 https://t.co/v1v05jzW7n #MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/Su1rS9pKCu
— Selangor FC (@selangorfc) January 12, 2023
Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, penambahan Noor yang digelar ‘The Engineer’ akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan dengan kualiti yang beliau miliki.
“Kita tahu dalam sebuah pasukan, bahagian tengah sangat penting bagi menggerakkan pasukan, jadi saya yakin beliau ada kualiti untuk beraksi dengan baik bersama pasukan.
“Saya berharap beliau akan menghasilkan bahagian tengah pasukan yang kuat bersama rakan pasukan yang lain.
“Kita juga tahu Noor dan Yazan merupakan rakan sepasukan bersama pasukan Jordan. Saya yakin dengan kombinasi dua pemain ini, mereka mampu membuat pergerakan yang baik dari pertahanan ke bahagian tengah pasukan,” ujar Cheng Hoe.