PASUKAN Piala Thomas negara terus kempunan merangkul trofi Piala Thomas selepas dikecewakan pasukan bukan pilihan, India di peringkat suku akhir 2-3 dalam aksi yang berlangsung di Impact Arena, Thailand pada Khamis.
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah menundukkan lawannya Lakshya Sen dari India dalam perlawanan 23-21, 21-9.
Bagaimanapun, beregu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin gagal meneruskan momentum kemenangannya semalam apabila dikejutkan beregu kurang ternama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan keputusan 19-21,15-21.
Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong pula dilihat seperti hilang punca apabila turut tewas mengejut kepada Srikanth Kidambi dengan keputusan 11-21 17-21.
Bagaimanapun, Aaron Chia-Teo Ee Yi kembali memberikan sinar harapan kepada negara apabila menang berdepan gandingan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala dengan 21-19 21-17.
Aksi dramatik itu gagal diterjemahkan dengan pengakhiran yang manis apabila Leong Jun Hao tersungkur di tangan H.S. Prannoy dengan keputusan 21-13 21-8.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal ke separuh akhir setelah tewas 2-3 kepada India.
Episod duka berterusan apabila pasukan Piala Thomas negara gagal menamatkan kemarau 30 tahun untuk merangkul gelaran juara buat kali keenam di tambah dengan di tunjuk Jalan keluar oleh pasukan belasahan satu ketika dahulu.