PEMILIK baharu Perak FC, Pengerusi Eksekutif XOX Berhad Datuk Seri Azim Zabidi buat pertama kali turun ke padang meninjau sesi latihan selepas mengesahkan mengambil alih pucuk pimpinan pasukan ini 29 April lalu.
Lawatan mengejut ke padang latihan oleh Azim beserta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bobbie Farid ditemani pengurusan IMC yang diketuai Khairul Nizam Mahmood nyata menceriakan barisan kejurulatihan dan pemain Perak FC.
Sejak pengambilalihan, Perak FC berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Skuad Projek FAM-MSN dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.
Sesi latihan Perak FC harini dikejutkan dengan kehadiran Pengerusi XOX, Dato’ Seri Azim Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif XOX, Bobbie Farid dan Pengurusan IMC yang diketuai Khairul Nizam Mahmood. pic.twitter.com/zwuQum2hmq
— Perak Football Club (@perakfcofficial) May 12, 2022
Azim turut hadir pada perlawanan itu untuk memberikan sokongan dan juga menilai sendiri persembahan pemain Perak sebelum memuktamadkan pembelian Perak FC minggu ini.
Sebelum ini, skuad kendalian Yusri Che Lah telah dipotong sembilan mata oleh First Instance Body (FIB) Malaysia Football League (MFL) selepas gagal melunaskan pembayaran gaji para pemain akibat dari masalah kewangan yang meruncing.