THAILAND merangkul kejuaraan Piala Bolasepak Asean (AFF) 2022 buat kali ketujuh selepas menewaskan Vietnam, 3-2 secara agregat setelah menang 1-0 pada finał kedua di Stadium Thammasat, Bangkok pada Isnin.

Skuad Gajah Perang yang turun dengan bekalan dua gol ditempat lawan selepas seri 2-2 pada aksi pertama di Stadium My Dinh, Hanoi Jumaat lalu.

Kejayaan ini mengulangi pencapaian di raih pada beberapa kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan ini dengan Raja bola sepak Asia Tenggara kekal milik Thailand selepas merangkul gelaran pada 1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020, 2022.

Bunmathan meledak gol tunggal memastikan kemenangan 3-2 buat Thailand.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan muncul wira apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam pada minit ke 24 untuk memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Vietnam cuba bangkit namun gagal meruntuhkan benteng tuan rumah yang beraksi dengan cukup berdisiplin.

Memasuki babak kedua, tuan rumah dilihat menguasai corak permainan dengan beberapa serangan dilancarkan dengan pelawat lebih banyak pertahan dikawasan sendiri.

Corak permainan pantas yang disajikan turut dibayangi layangan kad kuning buat pemain kedua-dua pasukan dengan Thailand terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Peeradon Chamratsamee dilayangkan kad merah penghujung separuh masa kedua.

Namun ia gagal menghalang untuk meraih gelaran kejuaraan dengan kemenangan 3-2 secara agregat manakala Vietnam terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara buat kali kedua selepas turut hampa pada 1998.